Istilah tekanan adalah bermaksud rangsangan tekanan atau ketegangan. Dalam konteks lain ia juga bermaksud keresahan, konflik dan trauma(Confer & Appley, 1964). Tekanan adalah corak emosi, kognisi dan indakbalas fisiologi yang berlaku sebagai tindakbalas terhadap tekanan (Greenberg dan Baron, 1997).
Seperti semua orang sedia maklum, tekanan boleh dirasakan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Situasi tekanan termasuk di rumah, di tempat awam dan paling kerap berlaku adalah ditempat kerja. Pelabagai faktor yang menyumbang kepada tekanan termasuk faktor emosi individual itu sendiri, faktor ekonomi dan dan social di sekeliling kita .
Perbincangan kali ini lebih fokus terhadap cara mengatasi tekanan di tempat kerja tidak kira sama ada pekerja lelaki atau perempuan malah di peringkat atasan atau bawahan dalam sesebuah organisasi.
Di ruangan kali ini, saya kongsikan serba sedikit cara mengatasi tekanan:-
1. Pengurusan Gaya Hidup
- Jika rutin setiap hari kita balik dari kerja adalah duduk di atas sofa sambil menonton televisyen, maka sudah tiba masanya untuk kita mengubah rutin ini.Contohnya melakukan senaman ringan, pergi ke gymnasium atau beriadah di taman sambil berjogging. Dengan adanya aktiviti petang sebegini sekurang-kurangnya kita dapat melupakan seketika masalah di pejabat. Paling elok,masalah di pejabat jangan di bawa balik sampai ke rumah. Bila ini berlaku ,kemungkinan besar akan menganggu perhubungan sebuah keluarga contohnya antara suami dan isteri atau dengan anak-anak.
- Selain itu pengambilan makanan juga harus dijaga atau istilah lain adalah diet. Biasanya kita akan dengan, bila seseorang dalam keadaan stress, potensi untuk mengambil makanan yang tidak seimbang adalah tinggi. Contoh pengambilan coklat yang berlebihan atau makanan manis yang lain. Kebiasaan seperti ini kita harus tukar serta merta kerana ianya menyumbang kepada kesihatan yang tidak teratur.
2. Pengurusan Psiokologi
- Apa yang dimaksudkan teknik psiokologi ?Ia sebenarnya lebih kepada bagaimana kita membawa diri kita kea rah pemikiran yang posiif contohnya banyakkan aktiviti bersantai dan meditasi. Apa yang dimaksudkan bersantai adalah memastikan pengambilan tidur yang cukup. Menitikberatkan kepada hal-hal meditasi seperti regangan otot melalui aktiviti aerobic. Jangan lupa juga soal pengambilan vitamin sampingan yang memberi kekuatan mental dan fizikal kita seharian. Kita juga harus lebih menyayangi diri sendiri.
3. Pengurusan kognitif/minda individu
- Teknik kognitif ini adalah lebih kepada pemikiran individu itu sendiri. Kita harus melatih diri kita dan minda kita untuk tidak memikirkan tentang tekanan yang dihadapi. Maksudnya, kita haruslah mengawal emosi kita sebelum ia mengawal diri sendiri. Haruslah sentiasa kita mendidik diri dan minda kita untuk berfikiran positif. Jangan lupa beribadat atau solat untuk mendapatkan ketenangan hati dan jiwa kita . Jangan dicampur adukkan masalah di pejabat apabila kita bersosial atau beriadah di luar bersama keluarga.
Dengan adanya artikel ini, di harap membantu kepada prestasi kerja yang baik dan
dapat memperbaiki lagi kelemahan diri masing-masing. Sekaligus membantu meningkatkan mutu kerja dan membantu meningkatkan mutu kerja individu dan juga organisasi.
by Zarra