Check What latest at LAZADA..

Tuesday, 24 October 2017

Tekanan dan Cara Mengatasi


Istilah tekanan adalah bermaksud rangsangan tekanan atau ketegangan. Dalam konteks lain ia juga bermaksud keresahan, konflik dan trauma(Confer & Appley, 1964). Tekanan adalah corak emosi, kognisi dan indakbalas fisiologi yang berlaku sebagai tindakbalas terhadap tekanan (Greenberg dan Baron, 1997).
Seperti semua orang sedia maklum, tekanan boleh dirasakan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Situasi tekanan termasuk di rumah, di tempat awam dan paling kerap berlaku adalah ditempat kerja. Pelabagai faktor yang menyumbang kepada tekanan termasuk faktor emosi individual itu sendiri, faktor ekonomi dan dan social di sekeliling kita .
Perbincangan kali ini lebih fokus terhadap cara mengatasi tekanan di tempat kerja tidak kira sama ada pekerja lelaki atau perempuan malah di peringkat atasan atau bawahan dalam sesebuah organisasi.

Di ruangan kali ini, saya kongsikan serba sedikit cara mengatasi tekanan:-

1. Pengurusan Gaya Hidup


  • Jika rutin setiap hari kita balik dari kerja adalah duduk di atas sofa sambil menonton televisyen, maka sudah tiba masanya untuk kita mengubah rutin ini.Contohnya melakukan senaman ringan, pergi ke gymnasium atau beriadah di taman sambil berjogging. Dengan adanya aktiviti petang sebegini sekurang-kurangnya kita dapat melupakan seketika masalah di pejabat. Paling elok,masalah di pejabat jangan di bawa balik sampai ke rumah. Bila ini berlaku ,kemungkinan besar akan menganggu perhubungan sebuah keluarga contohnya antara suami dan isteri atau dengan anak-anak.
  • Selain itu pengambilan makanan juga harus dijaga atau istilah lain adalah diet. Biasanya kita akan dengan, bila seseorang dalam keadaan stress, potensi untuk mengambil makanan yang tidak seimbang adalah tinggi. Contoh pengambilan coklat yang berlebihan atau makanan manis yang lain. Kebiasaan seperti ini kita harus tukar serta merta kerana ianya menyumbang kepada kesihatan yang tidak teratur.

2. Pengurusan Psiokologi


  •  Apa yang dimaksudkan teknik psiokologi ?Ia sebenarnya lebih kepada bagaimana kita membawa diri kita kea rah pemikiran yang posiif contohnya banyakkan aktiviti bersantai dan meditasi. Apa yang dimaksudkan bersantai adalah memastikan pengambilan tidur yang cukup. Menitikberatkan kepada hal-hal meditasi seperti regangan otot melalui aktiviti aerobic. Jangan lupa juga soal pengambilan vitamin sampingan yang memberi kekuatan mental dan fizikal kita seharian. Kita juga harus lebih menyayangi diri sendiri.

3. Pengurusan kognitif/minda individu

  • Teknik kognitif ini adalah lebih kepada pemikiran individu itu sendiri. Kita harus melatih diri kita dan minda kita untuk tidak memikirkan tentang tekanan yang dihadapi. Maksudnya, kita haruslah mengawal emosi kita sebelum ia mengawal diri sendiri. Haruslah sentiasa kita mendidik diri dan minda kita untuk berfikiran positif. Jangan lupa beribadat atau solat untuk mendapatkan ketenangan hati dan jiwa kita . Jangan dicampur adukkan masalah di pejabat apabila kita bersosial atau beriadah di luar bersama keluarga.


Dengan adanya artikel ini, di harap membantu kepada prestasi kerja yang baik dan
dapat memperbaiki lagi kelemahan diri masing-masing. Sekaligus membantu meningkatkan mutu kerja dan membantu meningkatkan mutu kerja individu dan juga organisasi.

by Zarra

Wednesday, 11 October 2017

Titian Cinta Episode 15 - Teaser

TITIAN CINTA





Epi 15
Ish...sibok je si sofea dgn Pn Sri Nora ni....
.
. . .
WhatsAppp +601113628887 utk tempahan.
. . .
Tajuk : Titian Cinta
Penulis : Ridhya Iman
Harga : RM30.00
.
Postage RM8 Sem/RM12 SbhSwk
.
#TitianCinta
#UmayrHarris
#dramasangat
#aisy
#farahnabilah
#akasiatv3
@fawaaaa
@zul_ariffin








Thursday, 28 September 2017

Awak Suka Saya Tak?



WhatsApp +60113628887 untuk tempahan ye...


Lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong yang comel...


Tajuk : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Harga : RM35.00

Sinopsis
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah… "Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong "Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong "Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha


TITIAN CINTA


WhatsApp +601113628887 untuk tempahan

Tajuk : Titian Cinta
Penulis : Ridhya Iman
Harga : RM30.00


Sinopsis
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi. “Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” –Harris “Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” –‘Aisy “Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya. “Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi. Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi. Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
.
#titiancinta #ZulAriffin #tv3 #dramasangat

Thursday, 27 July 2017

Mencintaimu Mr Photographer

    Berakhirnya cerita #heroseorangcinderella yang mengajar kita untuk sentiasa memupuk nilai kasih sayang diantara sesama manusia dan ahli keluarga.
    Sekarang kita move on ye pencinta novel dan drama....

.
Whatapps +601113628887 utk tempahan novel ini.
••••••♡♡••••••
Tajuk : Mencintaimu Mr. Photographer
Penulis : Emma Mariam
Harga : RM23.00

Sinopsis
Aku dah jatuh cinta dengan Mr. Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.
"Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” - Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
"Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta. "Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
.
#heroseorangcinderella #missfazura #fazura #fattahamin #mencintaimumrphotographer #bookgarage #sayajualbuku

Wednesday, 5 April 2017

Hero Seorang Cinderella

Okey...demam dah bermula..ramai yang meneka siap heroin drama bersiri ini kan?Sekarang dah terjawab....semua orang tak sabar nak tengok cerita ni kan..terutama sekali fans Fattah Amin fan fans Fazura...

Semiga drama ini pun akan meletop letoo kebabom macam drama Suri Hati Mr Pilot yang lalu...

Ok dah..stop berangan ye...siapa nak order??Cepat pm tepi +601113628887 sebelum stok habis macam Suri Hati Mr Pilot dulu..Lama bemor nak tunggu restock dari publisher..kena tunggu dicetak semula kaaaataaanya...hah....

Nak tunggu lagi ke?mari cepat pm Book Garage ye😅😍😍

Tuesday, 28 March 2017

NOVEL TERLARIS


DAPATKAN NOVEL TERLARIS BULAN MAC.






Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sinopsis novel diatas..boleh baca lebih lanjut disini.

Tuesday, 28 February 2017

Novel Suamiku Paling Sweet


Tajuk : Suamiku Paling Sweet  

Penulis : Anjell
Harga : RM29.00
Sinopsis

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama,

Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS 

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.

Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.

Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya

pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. 

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ

“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz.

Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya.

Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk

Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia

yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.

Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

NEW!!- latest novel for this month



Antara novel terbaru bulan ini ye....jangan lupa whatsapp
dan order melalui Book Garage +601113628887

Tajuk : Miss Cleaner Undercover 

Penulis : Fateen Najwa
Harga : RM26.00



Sinopsis



Khaira Wilda tahu, zaman glamornya akan terhenti seketika saat ditugaskan untuk menyamar sebagai seorang tukang sapu. Namun sebagai seorang anggota polis yang mencintai kerjaya dan janji taat setia kepada negara, Khaira Wilda sanggup.

Bagi Hayden Daniel pula, kemunculan Wilda sebagai seorang tukang cuci yang dianggapnya luar biasa mula memikat hatinya. Dia langsung tak tahu bahawa Wilda ialah anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga ahli keluarganya daripada serangan pengganas. Bersaksikan lilin cinta yang penuh romantis, Hayden meluahkan segalanya...

“Wilda, saya cinta awak sepenuh hati saya.”

“Hayden... Saya...”

“Wilda... Tak perlu ucapkan. Saya tahu hati awak. Awak juga cintakan saya.

Berkali-kali Khaira Wilda cuba menerangkan kepada Hayden Daniel mengenai siapa dirinya namun dia belum berjaya. Pelbagai ancaman muncul terhadap ayah Hayden Daniel, Tan Sri Anwar Karim El-Zahri hingga menyebabkan Khaira Wilda dan Hakimi, rakan setugasnya lebih mengetatkan kawalan hingga akhirnya mereka terpaksa menyamar sebagai pasangan suami isteri!

“Awak dan Hakimi... Tinggal satu rumah. Apartmen tu betul-betul depan rumah Tan Sri.”

“Tuan, tak mungkinlah saya boleh duduk serumah dengan dia.”

“Takkanlah saya nak letakkan awak dengan dia berdua sahaja tanpa sebarang alasan. Awak dengan dia, menyamar jadi suami isteri!”

Hubungan Khaira Wilda dan Hayden Daniel berjalan lancar hinggalah semuanya terbongkar.

Rupa-rupanya Khaira Wilda ialah seorang anggota polis, bukan tukang cuci. Lebih mengharukan, dia sudah bersuami! Terjelepok kehampaan Hayden Daniel saat salah faham itu dilemparkan kepadanya. Terus hubungan cintanya dengan Khaira Wilda ditamatkan tanpa sempat gadis manis itu menerangkan semuanya. Kehadiran Hakimi yang sudah memendam rasa sekian lama, mungkinkah menggugat kedudukan Hayden Daniel dalam hati Khaira Wilda?

Aku memang tak pernah bercinta. Kaulah cinta pertamaku- Hakimi

Saat mengetahui kebenaran yang hakiki, Hayden Daniel sungguh menyesali akan keterlanjurannya memutuskan cinta. Namun segalanya sudah terlewat pabila Khaira Wilda sudah putus harapan terhadap sebuah rasa yang dinamakan cinta…

“Entahlah, Hayden. Saya malas nak ulang balik. Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan tertulis. Jadi biarkan saja. Biar masa tentukannya.”

Thursday, 23 February 2017

Drama Adaptasi Yang Bakal Popular 2017





HERO SEORANG CINDERELLA RM28
DIA ANAK JENERAL RM25


Nak beli kombo pun boleh..whatsapp +601113628887 untuk tempahan ye....

HERO SEORANG CINDERELLA




HERO SEORANG CINDERELLA
RM28
 Tadaaa...... novel dan drama yang menjadi kontroversi sekarang..kejap berlakon..kejap tak nak berlakon..so finally...dah ada Cinderella lain ye.....

Tak kesahlah siapa-siapa pun yang penting heroin yang menjadi kegilaan satu Malaya kot...eh...Fattah Amin uolls...

nah..saya sertakan sinopsis kat sini...


Sinopsis
Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya…

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. “Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. “Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA “In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan? 


Saturday, 7 January 2017

Senarai novel Yang akan diadaptasi ke drama untuk tahun 2017..

Drama adaptasi akan datang 2017.

1.Suamiku Paling Sweet (Slot Akasia TV3)
2.Meh, Sandar Pada Aku! (Slot Dahlia TV3)
3.Papa Nak Menantu (Slot Dahlia TV3)
4.Shhh I Love You (Slot Akasia TV3)
5.Jejak Karmila (Slot Zehra TV3)
6.Encik Suami Mat Salih Celup (Slot Dahlia TV3)
7.Kerana Aku Suamimu (TV3)
8.One Day You'll Be Mine (TV3)
9.Arluna (Astro Ria)
10..Sayang Papa Saya Tak? (Astro Ria)
11.Urusan Hati Cik Drama Queen (Astro Ria)
12.Hero Seorang Cinderella (Astro Ria)
13.Cik Serba Tahu (Astro Ria)
14.Awak Suka Saya Tak? (Astro Ria)
15.Magisnya Cinta (Astro Ria)
16.My Dear, Mr Dimple (Astro Ria)
17.Klik! Pengantin Musim Salju (Astro Ria)
18.Red Velvet (Astro Ria)
19.Perempuan Paling Bahagia (Astro Oasis)
20. 30 Hari Sahaja (Astro Oasis)
21.Gaduh-Gaduh Sayang (RTM TV1)
22.Dia Segalanya (RTM TV1)
23.Namaku Bedah
24.Lafazkan Kalimah Cintamu
25.Pembancuh Kopi Mr.Vampire
26.Gantung
27.Curi-Curi Cinta
28.Pencuri Hati Vs Penembak Cinta
29.Suami Isteri

                                 




Novel Baru Januari 2017


Tajuk : Jangan Cintai Aku
Penulis : Eyla Hime
Harga : RM29.00

Sinopsis
Mendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan.

Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya.

“Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah?” - Tariq

Tariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat.

“Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila.” - Durrah

Mana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza.

Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah… semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri.

Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?

Novel Paling Wanted 2016



Pada sesiapa yang masih ingin mencari novel-novel ini, 
Book Garage masih menjualnya ye. Sila hubungi melalui WhatApps +601113628887 atau sms pun boleh..

Senarai Novel Terlaris 2016

Tahun 2016 adalah tahun yang paling banyak menyiarkan drama adaptasi daripada novel-novel popular.

Berikut adalah senarai novel yang paling laris sepanjang tahun 2016 sehingga memaksa penerbit untukmencetak beberapa kali untuk memenuhi permintaan peminat novel dan kaki drama.

1. Kaki Novel - Suri Hati Mr. Pilot
2. Intens - Anugerah Terindah
3. Kaki Novel - Dia Semanis Honey
4. Kaki Novel - Pergilah Air Mata
5. Lovenovel - Isteri Tuan Ihsan
6. Kaki Novel - Isteri VS Tunang
7. Kaki Novel - Mr. Boss, Miss Stalker
8. Karya Seni - Hero Seorang Cinderella
9. Karya Seni - Tundukkan Playboy Itu
10. SR Publication - 7 Hari Mencintaiku
11. Buku Prima - Seindah Takdir Cinta
12. Penulisan2u - Duda Terlajak Laris
13. Kaki Novel - Sha & Shah
14. Lovenovel - Si Kolot Suamiku
15. Kaki Novel - Akadku Yang Terakhir
16. Karya Seni - Meh, Sandar Pada Aku!
17. Penulisan2u - Cinta Si Wedding Planner
18. October - Suami Tanpa Cinta
19. October - Awak Sangat Nakal!
20. Karya Seni - Suamiku Paling Sweet

Tuesday, 3 January 2017



Sorry if i'm a little late .. Belated Happy New Year 2017 everyone.




New year, means new chapter in life waiting to be written..