Check What latest at LAZADA..

Tuesday, 13 December 2016

Big Bad Wolf MIECC - The Mines Seri Kembangan 9th-19th 2016



      Untuk peminat buku, #gilanovel,#gilabuku atau sewaktu dengannya..boleh pergi serang serigala yang jahat ini..hehe.. memang tak akan rugi membeli...sekarang musim cuti sekolah..so boleh usung bawak anak-anak ye untuk pilih dan borong buku...


    Okey untuk tahun ni...sorry..maksud saya Disember punya Big Bad Wolf 2016, buku untuk kanak-kadnak memang banyak dan baru ye...tapi harga saya rasa masih mahal tapi not bad lah ..beli juga lah...penuh juga sebakul 😭😭..demi anak-anak..fikir-fikir balik, ok lah jugak buang duit banyak dekat buku...sebab nak memupuk budaya membaca dari kecik ni lah kena ajar kan...

     Tapi saya ada terbaca, review dari beberapa orang customers dalam Big Bad Wolf punya FB, katanya buku kanak-kanak tak banyak pilihan..agaknya dia datang terlalu awal kot...


antara buku kanak-kanak yang sempat saya snap ye



yang ni..novel english yang aada...sorry ..gambar tak banyak sebab
saya tengah enggila pilih buku 😭


   Untuk novel melayu, saya rasa masih banyak novel lama dan repeated novel yang dijual ketika awal tahun hari tu..so saya tak berapa nak excited sangat untuk sction malay novel..tapi rembat jugalah sampai 4 novel...itu pun saya ambil novel yang harga RM5 je, sebab yang last year dengan awal tahun punya novel (time BIG BAD WOLF juga) tak habis baca lagi..haha..



    Memang ramai, penuh dan padat....bagi family yang bawak anak-anak, kalau penat sangat tengah cari buku..boleh rehat sekejap bawak family minum air dan makan ke...sekarang Big Bad Wolf dah sediakan cafe..so before bayar buku, boleh duduk rehat dan santai sekejap lepak dekat cafe... Buku- buku yang belum bayar atau dalam troli tu, boleh letak tepi cafe..jangan risau ada budak-budak @staff Big Bad Wolf tolong tengok-tengokkan troley buku kita...

    Yang penting habiskan makanan dan minuman dalam cafe tu ye.Di larang sama sekali untuk membawa keluar dari cafe hingga ke kawasan buku pameran. Kaunter cashier untuk bayar buku pun banyak...Boleh guna Debit dan Credit Card...

    Tapi, harus diingatkan, pada sesiapa yang ingin guna debit ,credit card atau malas nak baawa cash, especially yang ingin datang lewat malam atau 12 midnight ke atas, sistem internet untuk perbankan biasanya akan slow down tengah malam, jadi transaksi kemungkinan besar tak akan berjaya ye....so ready cash dalam wallet...

      Dah takde sistem beli guna kotak ye macam awal tahun haritu...pakai plastik je...
So saya akan share beberapa tips untuk shopping ketika Big Bad Wolf..

1. Bawa troley @ bag luggage sendiri jika anda plan untuk membeli banyak, supaya senang nak angkut masa dah habis bayar..Troley BIg Bad Wolf guna masa dalam bilik pameran tu aje...

2. Masa dekat main hall, atau pintu masuk..register sebagai ahli dulu,supaya dapat diskaun..tapi tak dapat untuk buku yang ada label berwarna kuning je..free register je...

3. Pilih buku-buku yang berkulit tebal....especially untuk novel @ buku english...sebab apa?Buku kulit tebal kan jual mahal kan kalau kedai buku biasa...so inilah peluang kita untuk menikmati buku mahal tu...sama juga buku lain contoh buku agama atau buku motivasi ..

4. Kalau bawak stroller anak pun takpe, sebab kawasan untuk lalu lalang memang cukup lebar dan luas.

5. Kalau tak nak redah jammed atau crowded dalam hall, boleh pergi waktu midnight..sebab BIG BAD WOLF kali ni 24hours.. tapi makesure cash ada kat tangan just incase intrnet banking system down sebab tengah malam kan..


okey...itu je nak share....selamat bershopping!
   

Wednesday, 7 December 2016

Latest Novel- Hero Seorang Cinderella


    Penangan drama Suri Hati Mr.Pilot membuatkan ramai yang jatuh hati dengan watak Warda Erina dan Ejaz Fakri sehinggakan penonton mahukan pelakon #Neelofa dengan #FattahAmin untuk bercinta diluar set. Kemesraan dua pelakon ini menjadikan gosip mengenai percintaan mereka semakin hangat diperkatakan. Tapi sejauh mana kebenarannya, hanya mereka sahaja yang tahu..

    Memandangkan kejayaan luar biasa drama #SHMP ini, sehingga khabarnya mendapat rating tertinggi iaitu melebihi 5 juta tontonan, pengarah drama Michael Ang sekali lagi akan menggandingkan mereka dalam drama baru pada tahun hadapan. Di katakan akan digandingkan semula dalam drama Hero Seorang Cinderella..

Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penulis : Anjell
Harga : RM28.00

Sinopsis
Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya…

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. “Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. “Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA “In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan? 




ok..kalau nak order 
WhatApps terus ke +601113628887 ye..

Semoga drama ini pun akan mendapat rating penonton yang tinggi jugak pada tahun 2017

Thursday, 4 August 2016

BUKU AGAMA


Tajuk : Bila Pintu Hati Terbuka
Penulis : Dr. Ridzuan Bakar
 RM15

WhatApps +60113628887 untuk tempahan.


Sinopsis
Hati milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati kita jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah dan hadiri majlis ilmu. Mengapa dibiarkan hidup dalam kejahilan dan serik dengan kegagalan? Bawalah semangat ombak dalam diri; setiap kali jatuh, akan bangkit kembali tanpa jemu.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Bagi mereka yang masih mencari buku hadis, bolehlah berurusan dengan @book.garage

untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku himpunan 

Hadis  Dha'if dan Maudhu'
RM70

WhatApps +60113628887 untuk tempahan.


SENARAI NOVEL

WhatApps +601113628887 untuk tempahan.

SURI HATI MR PILOT
RM22.OO


SINOPSIS

Tajuk : Suri Hati Mr. Pilot
Penulis : Dila Dyna
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-25-8
Mukasurat : 640

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”


●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


PERGILAH AIRMATA
RM28.OO


  • Penulis : Hanni Ramsul

    Sinopsis
    Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
    Akan kubiarkan titisnya terus menitik ke telapak tangan...
    Agar kilau jernihnya sudi mendoakan sejuta bahagia untukku...
    selamanya...

    Pertemuan ini tidak pernah menjadi yang terindah. Ikatan ini juga tidak pernah memberi sejuta bahagia. Lalu, apa perlu kelangsungan ini? Andai wajah ini cuma mengundang bencimu. Suara ini cuma mengundang marahmu. Tingkah ini cuma mengundang sakit di hatimu. Untuk sekali ini, akurlah pada satu pintaku…
    Lepaskan aku dari belenggu air mata ini…SABRINA…

    Memang pertemuan ini tidak pernah indah. Ikatan ini juga hanya membuat hati bertingkah geram. Apa perlu pada kelangsungan ini? Kerana wajah itu membuat aku teringat pada satu detik hitam yang menyakitkan. Kerana suara itu mengundang geram, apabila kau membisu saat aku perlukan suaramu. Kerana tingkahmu sering membuka prasangka demi prasangka yang membuat hatiku terus berdarah. Dan, pada pintamu yang satu itu…Maaf…Ini pilihanmu, lantas aku akan kotakan… akan aku sempurnakan titis-titis air mata itu… agar setiap titis itu akan menjadi belati yang menyakitkan…
    BADRUL…
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
ENCIK TUNANG
VSS
BFF


RM25.OO


  • Penulis : Nana Fiqree

    Sinopsis
    Eisya, tokeh kedai roti dan kek bersama sepupunya Adia. Jatuh cinta pada Erham, bff yang tall, dark and handsome.

    Handsome ke? Biasa-biasa saja tapi, manisnya tetap ada. Susahnya bila jatuh cinta pada kawan baik sendiri. Lagi susah bila kawan baik tak punya perasaan yang sama tapi, geramnya kawan baik buat dia macam mesin ATM! Dicari bila poketnya menipis. Dan dia kerana sayang, senang saja memberi. Wang bukan masalah besar baginya. Perniagaannya walaupun tidak besar tapi, maju. Dia juga anak bongsu yang tak pernah putus duit.
LikeCommentShare

Selamat Datang Ogos 2016..!

LEBIH BANYAK BUKU MENARIK
DI BULAN INI...




●●●●●●♡♡●●●●●
.

WhatApps +601113628887 untuk sebarang tempahan.. 

●●●●●●♡♡●●●●●●

Saturday, 16 July 2016

Projek Seram : Airport

Projek Seram : Airport

Harga : RM26.00

Penulis : Helmi Effendy, Noorfadzillah, Aida Adia, Aziah Zainal

Sinopsis


ZON HITAM – HELMI EFFENDY

~Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia~
Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di dalamnya.

LAPANGAN TERBANG BERPUAKA – NOORFADZILLAH

~ Bila sudah daftar masuk maka keluarnya dengan tiket kematian~
Di kala Pan Borneo Agensi mengalami masalah kewangan. Muncul insan misteri bersama tawaran setengah juta dengan syarat dokumentasikan Lapangan Terbang Akarak sebelum tempat itu dimusnahkan. Dayang Erdina bersama satu team dihantar ke sebuah lapangan terbang lama di Pulau Akarak, Sabah. Ini satu peluang yang sangat mengujakan. Ini juga satu rezeki datang tidak terduga. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa inilah jalan daftar masuk dan mati dialu-alukan oleh roh-roh kejam menantikan jiwa murni.

Kembara Umrah : Catatan Perjalanan Umat Islam Pertama Dunia



 Kembara Umrah : Catatan Perjalanan Umat Islam Pertama Dunia
Penulis : Noraini Nordin, Norimanah Seman
Harga : RM39.00




Sinopsis

Buku ini adalah imbsan kembali catatan peribadi perjalanan Dato' Zamri Mohamed yang bermotosikal untuk menunaikan umrah bermula pada 14 Mei 2010. Turut bersama Dato' Zamri adalah teman-temannya termasuk Ustaz Nahrawi Marzoko, Senator YB Mohd Khalid Ahmad, Zamran Ibrahim (warga Singapura) Dr. Fahmi, Arshad dan Jihad.


Pengembaraan selama 54 hari ini merentasi 12 negara dengan jarak perjalanan sejauh 18 ribu kilometer. Sepanjang tempoh musafir itu, sejumlah 12 negara telah dijelajahi oleh mereka bermula dari Malaysia, Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan dan Arab Saudi.

Pengembaraan bersejarah ini cukup mendebarkan serta menyentuh jiwa. 'Nyawa ibarat telur di hujung tanduk' apabila melalui negara-negara yang bergelora, mengharung salji tebal yang hampir mencecah paras beku dan Gurun Ghobi yang berliku. Pelbagai etnik dan gaya hidup masyarakat dunia ditemui dalam kembara ini selain berpeluang menziarahi lebih 40 masjid sambil bersolat berjemaah bersama penduduk tempatan.

Kembara Umrah ini telah mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa khususnya memartabatkan lagi imej umat Islam dunia. Dengan gaya bahasa santai, ringkas serta padat catatan dari diari peribadi Dato' Zamri telah berjaya dijadikan sebuah buku khazanah ilmu yang amat berguna untuk panduan masyarakat khasnya generasi muda yang minat mengembara. Buku ini wajar dimilik oleh setiap insan yang cintakan kejayaan, rindukan kecemerlangan serta kasih sayang Allah dunia akhirat.



Thursday, 14 July 2016

Sebenarnya, Saya Isteri Dia

Tajuk : Sebenarnya, Saya Isteri Dia 
Penulis : Zura Asyfar
Harga : RM30.00

Sinopsis

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?




Dia Semanis Honey Raya


click here to view--- > Dia Semanis Honey Raya



Setia Hujung Nyawa


Tajuk : Setia Hujung Nyawa
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM19.90

WhatApps +60113628887 untuk tempahan novel ini.

Sinopsis

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. 

Adam & Hawa



Tajuk : Adam & Hawa
Penulis : Aisya Sofea
Harga : RM19.90

WhatApps +60113628887 untuk tempahan novel ini.

Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.


Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... 

Wednesday, 13 July 2016

Isteri Mr. Troublemaker


Tajuk : Isteri Mr. Troublemaker 
Penulis : Zany Ezatie
RM27

WhatApps +60113628887 untuk tempahan novel ini.


Sinopsis


Syazrina? Huh! Mendengarkan nama itu terngiang-ngiang di telinga, Syakeef rasa berbulu hati. Bencinya tak bersebab. Tapi, kerana benci di hati itulah dia kacau minah senget itu sampai menangis-nangis.

Huh? Syakeef? Mamat poyo? Troublemaker tu ke? Jangan cakap pasal dia, boleh? Syazrina benci dia, faham? Tapi, kenapa matanya asyik-asyik nak tengok Syakeef? Mukanya, senyumnya yang manis sangat macam gula-gula kapas tu? Aisy, boleh buat tidur malam Syazrina tak lena.

Bertahun mengalun perasaan benci sesama mereka, siapa sangka cinta bertaut di Kota Seoul, Korea. Syakeef tanya Syazrina, adakah dia sudah berpunya? Syazrina pula ingin tahu juga, Syakeef milik orang atau masih single macam dia?

“Izinkan saya jadi peneman hidup awak sampai bila-bila. Izinkan saya menyayangi awak sampai akhir nafas saya. Izinkan saya lafazkan akad terima awak sebagai isteri saya.”

Atas nama cinta, mereka membina mahligai bahagia. Namun, siapa sangka yang mahligai dibina di selubung noda semalam. Dendam, benci dan marah. Diam-diam perasaan ini menghancurkan satu ikatan suci yang mereka tautkan bersama. Semuanya berubah sekelip mata. Sungguh, ia sungguh berbeza.

Namun, kalau ada jodoh, sempadan laut, seberang langit, mereka tetap akan bertemu!

Dia Semanis Honey


Antara yang terlaris dan kami masih lagi 
menerima tempahan sehingga saat ini..

Tajuk : Dia Semanis Honey

Penulis : Dila Dyana

Harga : RM26.00



WhatApps +60113628887 untuk tempahan novel ini.




Sinopsis

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan....


Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.


“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani.



“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.



“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.



Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”



“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula...


Tuesday, 12 July 2016

Monday, 11 July 2016

Novel Travelog


I’m A Backpacker : Europe

Penulis : Khairul Abdullah

RM25
(Price exclude postage)
Sinopsis

Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I'm A Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I'm A Backpacker: Europe.


Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.



Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.



__________________________________________



TRAVELOG MR.TRAVELLER
Penulis : Meor Farid Asyradi Meor Zahidi 
RM25

(tak termasuk pos)





Sinopsis

Travelog MR.Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10, 000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

Segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi. Pelbagai kisah suka dan duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami dengan kisah-kisah throwback ketika mengembara di negara-negara lain.

Namun adakah perjalanan yang dilaluinya semudah seperti yang direncana dan bagaimana ?

Ayuh, Ikuti dan rasai sendiri pengalaman yang ingin dikongsi. Pembaca akan dibawa masuk ke dalam dunia penceritaan menembusi benua dan dimensi pengembaraan.

Realiti bukan mimpi atau fantasi.