Check What latest at LAZADA..

Wednesday, 7 December 2016

Latest Novel- Hero Seorang Cinderella


    Penangan drama Suri Hati Mr.Pilot membuatkan ramai yang jatuh hati dengan watak Warda Erina dan Ejaz Fakri sehinggakan penonton mahukan pelakon #Neelofa dengan #FattahAmin untuk bercinta diluar set. Kemesraan dua pelakon ini menjadikan gosip mengenai percintaan mereka semakin hangat diperkatakan. Tapi sejauh mana kebenarannya, hanya mereka sahaja yang tahu..

    Memandangkan kejayaan luar biasa drama #SHMP ini, sehingga khabarnya mendapat rating tertinggi iaitu melebihi 5 juta tontonan, pengarah drama Michael Ang sekali lagi akan menggandingkan mereka dalam drama baru pada tahun hadapan. Di katakan akan digandingkan semula dalam drama Hero Seorang Cinderella..

Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penulis : Anjell
Harga : RM28.00

Sinopsis
Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya…

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. “Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. “Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA “In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan? 




ok..kalau nak order 
WhatApps terus ke +601113628887 ye..

Semoga drama ini pun akan mendapat rating penonton yang tinggi jugak pada tahun 2017

No comments:

Post a Comment